Sunday, March 29, 2009

Earth Hour....Kejayaan dan kesan sampingan..!

Dengan bangganya aku menjadi salah sorang yang menyahut seruan untuk memadamkan lampu sempena berlangsungnya kempen Earth Hour nie....

8.00pm, aku lepak depan TV tgk berita macam mana menjadi kelaziman bagi aku untuk mengetahui berita² semasa....sambil dok borak² ngan bini aku pasal nak tutup lampu la kununnya....

8.15pm, dah tutup sket² lampu² yang tak digunakan.....

8.20pm, aku dah padam semua lampu dalam dan luar umah bagi menyokong Earth Hour....

.....

.......


...

8.30pm....aku dah berada di Jusco Bukit Tinggi untuk menjalani terapi minda yang mana aku dan bini aku telah lama tak pegi shopping or dalam ertikatanya Window Shopping....

Kesimpulannya apa yang aku dapat lihat sepanjang perjalanan pergi ke Bukit Tinggi tu, byk rumah² bergelap bagi menyokong kempen ini tapi yang herannya jalan nak pegi ke Bukit Tinggi sesak dan ramai gila orang kat sana....

Dan aku..?? Juga tergolong dalam golongan yang MAMAI jugak...

Hari Minggu Yang Malas.....


Cuti hari minggu cadang nak kemas umah...siap buat business plan lagik macam mana nak kemas...nak bersihkan itu dan ini....


Hari sabtu pesan kat bini suh buat nasik lemak yang sedap untuk bekalan perut dikala membersihkan umah....


Tiba hari yang dijanjikan dan diplankan...dua² terbongkang sampai kul 10 pagi....yang bestnya anak aku pun turut serta sekali dalam marathon sapa bangun paling lambat....segala yang dirancang tak menjadi.....anak aku jadik pemenang bangun paling lambat...pastu dia siap sambung tido lagik depan TV sampai kul 2 ptg.....dan aku..??

*tido gaya nak terbang.....




Dengan mamainya aku tido jugak sama² ngan anak aku tanpa membuat apa²...

Wednesday, March 25, 2009

PaGarKan DaPur........

Suasana damai dan sunyi yang hanya diselang selikan oleh penyampai berita dan juga deruman motor-motor dari bakal² mat rempit diluar rumahku dikejutkan dengan sapaan isteriku.....



'bang, bila nak buat pagar dapur nie..?, tak larat la nak kutip anak kita yang rajin lagik bersemangat tu kat dapur hari²'. - Isteri



'Nanti la.....' aku menjawab dengan nada yang rendah...



"tak larat la nak kutip bawang bersepah kat lantai....." - gumam si isteri lagi.



"nanti la bebila...tak sempat nak pi kedai lagik nie"...suami membalas



"takda la..tak sempat nak masak, nak kemas dapur, tup-tup tgk anak dok tolong sama ngemas dapur. potpetpotpet...........-isteri semakin byk bunyi...tak cukup dengan itu isteri memberikan contoh bagaimana si anak menolongnya didapur sesuai dengan profesionnya sebagai guru yang sentiasa bermain dengan contoh....si anak mengekek² ketawa....siap buat memek muka lagik..!



Seraya si suami bangun menuju ke dapur dengan selamber.....



Isteri - "nak pi mana lak tuh?"



"pagarkan dapur la"....Bismillahirrahmanirrahim......dan terus membaca ayatul kursi bagi memagar kawasan dapur.


........


..


....


....




Pang..!!! tamparan wanita hinggap dipipiku bersama dengan tamparan si kecil itu....mamaikah aku..?? hasilnya, cuti hujung minggu aku berjaya menyiapkan pagar seperti yang dikehendaki.....





p/s : Surah ini hanya untuk mengelak gangguan syaitan dan iblis selain untuk menjaga keharmonian kita....


Buat Apa..??

Dikala bosan ditempat kerja, suami menghantar SMS kepada isteri bertanyakan tentang gaji...

"dah tanya ke kat kerani pasal gaji..?"

Isteri membalas....

"Dia cuti rini"..

Suami pula membalas....

"Abis mcm mana..??"

Isteri balas...

"Xtau lg mcm mn. Tgk esok la. Esok pot luck. nk buat pe? bg cdgn."..

Suami balas balik...

"Buat² lupa".....

.......
.......
.......
......

Isteri tak balas² SMS itu......

Mamaikah Aku....? aku dok tanya pasal gaji dia masuk ke tak ke akaun baru tetiba je dok citer pasal pot luck kat tempat keje dia...!!! pastu trus tak balas sms aku....mungkinkah aku akan disilambam kerana memberikan cadangan yang bernas itu..?? nantikan.....

Tuesday, March 24, 2009

KAU LELAKI, AKU WANITA @ AKU LELAKI, KAU WANITA

Susah sgt ka nak jadi wanita yg baik??? Banyak sgt ka amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannya, baca dan cari jawapan......

1 Lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.

2 Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia
tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat
baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh
membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.

Wanita
******
1 - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - Wanita perlu meminta izin dari suami bila nak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3 - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - Wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8 - Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

Tapi apa yang aku nampak sekarang...what da Heck..??..Sendiri mau ingat la

Monday, March 23, 2009

Reunion......

Sebulan dua baru ni aku dok follow la entry atau post dari member² study aku kat facebook yang dok cadang nak buat reunion(kununnya)....

Macam² cadangan...pandangan...penglihatan....dan segalanya yang boleh dijadikan panduan diberikan pada/oleh kawan² aku dengan harapan agar reunion ini boleh menjadik...tapi segalanya...hampeh!!!

Masing² dah berkerja...dah ada kehidupan sendiri...dan ada macam² alasan/asalan untuk takmau pi reunion tuh...bagi cadangan tempat tu tak jadik...tempat nie tak sesuai...tempat nun mahal sgt la wehh!!....so apa kesudahannya..??


What da Heck..?? aku dah bosan dengan perancangan yang tak pernah menjadi....tak payah buat la wehh!!!

Tercapai cita-citaku

Post aku yang pertama.....

Tercapai gak hasratku nak jadik blogger mcm² blogger² lain yang suka tulis bab diri sendiri....kehidupan sendiri...kehidupan orang lain...politik....kisah luar kain...dalam kain...etc...

Aku selalu terfikir nak citer pasal politik tapi aku kurang dan kureng minat nak mendalami bidang politik macam Daddy a.k.a Abah aku...my Daddy nie kira orang kuat politik sejak zaman berzaman lagik dari dulu, kini dan mungkin selamanya....tapi bukan pasal bab Daddy aku yang kuat berpolitik tu aku nak cerita....cuma aku nak create something untuk first blog aku nie....

Aku sebenarnya takde keje nak buat kat opis nie...tu yang tetiba rasa rajin nak buat blog..!! tapi still kosong and takde bende penting yang aku nak utarakan atau selatankan...tapi skrg nie tgh time makan tengah ari...aku tgh tunggu bubur jagung yang aku pesan melalui SMS pada opismate aku yang kuar makan....aku tak kuar makan pasal aku tgh diet kununya......


*What da heck..?? orang dok mengata kat perut aku yang makin membosar nie...