Sunday, March 29, 2009

Earth Hour....Kejayaan dan kesan sampingan..!

Dengan bangganya aku menjadi salah sorang yang menyahut seruan untuk memadamkan lampu sempena berlangsungnya kempen Earth Hour nie....

8.00pm, aku lepak depan TV tgk berita macam mana menjadi kelaziman bagi aku untuk mengetahui berita² semasa....sambil dok borak² ngan bini aku pasal nak tutup lampu la kununnya....

8.15pm, dah tutup sket² lampu² yang tak digunakan.....

8.20pm, aku dah padam semua lampu dalam dan luar umah bagi menyokong Earth Hour....

.....

.......


...

8.30pm....aku dah berada di Jusco Bukit Tinggi untuk menjalani terapi minda yang mana aku dan bini aku telah lama tak pegi shopping or dalam ertikatanya Window Shopping....

Kesimpulannya apa yang aku dapat lihat sepanjang perjalanan pergi ke Bukit Tinggi tu, byk rumah² bergelap bagi menyokong kempen ini tapi yang herannya jalan nak pegi ke Bukit Tinggi sesak dan ramai gila orang kat sana....

Dan aku..?? Juga tergolong dalam golongan yang MAMAI jugak...

No comments:

Post a Comment